BIASISWA IBNU HAITHAM LEGIT TAPI....
actually aku dah lama nak tulis ni since tak ramai yang tahu pasal biasiswa ni.
Aku mohon ni lepas aku habis matriks dulu sebelum 30 Jun 2021.
Aku dipanggil temuduga dalam bulan Julai camtu.
Keputusan temuduga keluar seminggu lepastu.
So, waktu aku berjaya lepas temuduga tu, aku takde terima surat agreement apa2 pun, cuma email saje yang menyatakan sekian2 amount yang aku akan dapat nanti. tengok la gambar atas tu.
Aku nak cerita yang aku masuk MMU intake Julai 2021, tapi masalahnya elaun aku masuk dua bulan lepas aku masuk belajar, which is dalam bulan 10 camtu (lambat jugak la). Aku husnuzon je maybe elaun tu masuk ikut intake September 2021, thats why lambat kot.
Tapi, pada pendapat aku la, kalau nak apply biasiswa ni memang kena sabar banyak la. Aku cuba jugak untuk tak menggelabah sementara tunggu elaun ni masuk (Sekarang aku sem 2, masuk Januari 2022, sekarang Mac 2022,aku masih tak terima elaun aku untuk sem ni huhu)
Dan nasihat aku, kena jaga2 dengan bajet bulanan, at least kena spare duit makan and belanja untuk 2 bulan kalau2 elaun tu masuk lambat jugak (even kelas fizikal-aku husnuzon elaun aku masuk lambat sebab aku belajar online sem 1 and sem 2 ni, maybe diorang tak risau sangat pasal kewangan kami yg penerima zakat ni).
Sekarang biasiswa ni tengah open untuk intake April 2022. Cek la link ni kalau berminat:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdUXRB0gMk_MIZDGXsuHbsv6uBKz3-5ZC6KW6hJdDNFn6-xNw/viewform
Comments
Post a Comment